Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

26 May 2026 • 12:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

KUALA LUMPUR - Seorang ejen hartanah yang cuba membunuh kenalan wanitanya dengan menikam leher mangsa diperintahkan menjalani penilaian psikiatri di ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Perintah berkenaan dikeluarkan Hakim N. Priscilla Hemamalini terhadap tertuduh, Muhammad Ilhami Badaruddin, 32, selepas membenarkan permohonan peguamnya, Mohd. Hakim Hamran di Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini.

Mohd. Hakim memaklumkan mahkamah, anak guamnya mempunyai masalah mental dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Terdahulu, Muhammad Ilhami mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan secepat mungkin selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Priscilla.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa cuba membunuh dengan menikam Nurul Husna Kasmani, 35, di bahagian leher menggunakan pisau di Titi Gajah, Kepala Batas, kira-kira jam 9.19 malam pada 17 Mei.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun. – Getaran 26 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved