Sukhoi, Hornet gegar bumi Putrajaya, tampil formasi menakjubkan

31 Aug 2026 • 11:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukhoi, Hornet gegar bumi Putrajaya, tampil formasi menakjubkan

PUTRAJAYA – Deruman pesawat Sukhoi dan Hornet terus menggegarkan ruang udara Putrajaya apabila tampil dengan formasi memukau pada pertunjukan udara sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Menerusi sesi lintas hormat pada segmen udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menampilkan penglibatan pelbagai jenis pesawat tempur dan pengangkut selain aset helikopter daripada beberapa agensi keselamatan dan penguatkuasaan negara.

Antara yang mencuri tumpuan ialah empat pesawat Sukhoi SU-30MKM, empat F/A-18D Hornet serta dua pesawat tempur BAE Hawk yang melakukan lintas formasi di ruang udara dengan memancarkan suar.

Image from: Sukhoi, Hornet gegar bumi Putrajaya, tampil formasi menakjubkan
Antara jet tempur yang membuat persembahan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya hari ini.

Pertunjukan itu diketuai Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris yang mana beliau sendiri turut menerbangkan pesawat Sukhoi SU-30MKM buat tahun kedua berturut-turut.

Turut melakukan lintas hormat ialah pesawat pengangkut C-130H Hercules, A400M Atlas dan CN235 yang memperlihatkan keupayaan TUDM dalam melaksanakan pelbagai operasi termasuk tempur dan logistik.

Selain pesawat sayap tetap, helikopter EC725 dan AW139 milik TUDM turut menyertai formasi berkenaan.

Turut menyertai pertunjukan udara itu ialah Pasukan Udara Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Sukhoi, Hornet gegar bumi Putrajaya, tampil formasi menakjubkan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved