Empat dicekup, salah guna permit gali pasir buat lombong emas

LocalEnvironment
23 Aug 2026 • 7:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat dicekup, salah guna permit gali pasir buat lombong emas

GUA MUSANG – Empat lelaki dicekup selepas dipercayai menyalahgunakan permit menggali pasir dengan menjalankan aktiviti perlombongan emas secara haram di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis di sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 4 petang oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Pasukan Gerakan Utara (PGU) Bukit Aman dan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Kelantan menerusi Op Gali Mega itu turut merampas dua buah jengkaut serta pelbagai kelengkapan melombong emas bernilai RM1.13 juta.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemantauan udara menggunakan dron oleh Cawangan Risik Briged Tenggara PGA dan Unit Dron PGU mendapati kawasan tersebut dijadikan lokasi melombong emas.

Katanya, ketika serbuan dijalankan, empat lelaki termasuk seorang warga China berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

“Salah seorang daripada lelaki itu menyerahkan salinan permohonan permit mengeluarkan pasir di Sungai Nenggiri, Mukim Kuala Betis Daerah Betis, Jajahan Lojing bertarikh 31 Januari 2024.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan itu menjumpai dua buah jengkaut, dua palong, dua mesin penyedut, dua set jana kuasa, 51 keping karpet rumput pelbagai saiz dan tiga gulung karpet rumput bernilai RM1.13 juta yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan emas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, siasatan lanjut mendapati, syarikat tersebut disyaki menyalahgunakan permit menggali pasir dengan menjalankan aktiviti perlombongan emas secara haram.. – KOSMO! ONLINE

The post Empat dicekup, salah guna permit gali pasir buat lombong emas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved