
KLANG – Empat daripada tujuh pemancing termasuk tekong yang dilaporkan hilang telah berjaya ditemui di perairan Tanjong Karang.
Keempat-empat yang belum diketahui identiti tersebut dipercayai diselamatkan nelayan bot pukat tunda yang melalui kawasan tersebut.
Mereka dikatakan akan dibawa ke Jeti Sementa, Kapar di sini.
Salah seorang ahli keluarga, Rozita Ruhaizat, 44,
menaruh harapan agar tiga daripada empat pemancing itu merupakan ahli keluarganya.
Ujarnya, ini termasuk suaminya, Muhd. Hamiszar Punirain, 45 dan adik iparnya, Mohd. Rizal Mohamad Sadali, 45, serta Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37,
“Setakat ini, tidak tahu siapa yang ditemui. Masih menunggu, harap tiga ahli keluarga antara yang ditemui selamat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, hari ini
Kosmo! semalam melaporkan tujuh pemancing termasuk seorang tekong dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam. – KOSMO! ONLINE
The post Empat pemancing hilang ditemui selamat di Tanjong Karang appeared first on Kosmo Online.






