Empat Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tanjung Lompat

2 Sep 2026 • 11:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Empat Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tanjung Lompat

KOTA TINGGI, 2 Sept (Bernama) -- Empat remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada 8.19 pagi sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar digerakkan ke lokasi.

“Maklumat awal daripada orang awam terdapat enam mangsa lemas semasa melakukan aktiviti mandi-manda di pantai.

Dua daripada mangsa berjaya diselamatkan orang awam pada 7.45 pagi sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Bomba memakluman empat mangsa yang masih belum ditemukan dikenali sebagai Alif Taqiudin, Mohd Haiman, Adib Rizqi dan Thaqif Rayyan.

Difahamkan kesemua mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan 15 remaja yang datang berkhemah di kawasan berkenaan sejak 6.30 petang semalam.

Baca juga:

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan setakat 10.40 pagi ini.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved