Enam kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kajang

12 Oct 2026 • 9:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Enam kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kajang

SHAH ALAM, 12 OKT: Enam kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Nilam 2, Kajang petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu membabitkan tiga kereta dan tiga motosikal, namun tiada individu dilaporkan terperangkap di dalam kenderaan terjejas.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Langat menerima maklumat mengenai kejadian menerusi media sosial pada jam 6.45 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi pada jam 7 malam.

Sepasukan anggota APM kemudian menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan keadaan di kawasan terbabit selamat serta terkawal.

Pemeriksaan turut dilakukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama polis bagi menilai situasi di lokasi kejadian.

Menurut laporan awal, polis memaklumkan tiada tindakan lanjut diperlukan buat masa ini.

Kejadian itu juga tidak menjejaskan mana-mana rumah atau keluarga, manakala tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Anggota APM dan polis terus menjalankan pemantauan bagi memastikan keselamatan kawasan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved