Enra, Fincantieri dari Itali bekerjasama bangunkan kapal tentera laut baharu

LocalPolitics
23 May 2025 • 10:46 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Enra, Fincantieri dari Itali bekerjasama bangunkan kapal tentera laut baharu

image is not available

23/05/2025 - 10:46

Gambar/Enra Energy Solutions Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 23 Mei - Enra Group Bhd melalui anak syarikatnya, Enra Energy Solutions Sdn Bhd, menjalin kerjasama dengan syarikat pembina kapal dari Itali, Fincantieri SpA, bagi membekal dan menyokong pembinaan kapal tentera laut baharu.

Enra berkata, Enra Energy Solutions telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Teknikal (TCA) bersama Fincantieri, kelmarin.

"Perjanjian ditandatangani dengan kehadiran wakil pihak berkuasa dari Malaysia dan Itali.

"Kerjasama ini melibatkan pembekalan dan sokongan teknikal bagi kapal tentera laut, termasuk kapal sokongan pelbagai guna dan kapal misi pesisir," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

Enra berkata, kerjasama tersebut akan membantu mengukuhkan kedudukan syarikat dalam sektor maritim dan pertahanan untuk jangka masa panjang. - DagangNews.com

standard