EPL: Arsenal yakin Arteta kekal

FootballSports
21 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Arsenal yakin Arteta kekal

LONDON – Pengurusan tertinggi Arsenal percaya pengurus pasukan itu, Mikel Arteta sedia untuk menandatangani kontrak baharu dan terus kekal di Stadium Emirates untuk tempoh jangka panjang.

The Gunners terdesak untuk mengekalkan khidmat pengendali dari Sepanyol itu selepas beliau berjaya mengemudi Arsenal menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Ketua Eksekutif Arsenal, Richard Glick menyuarakan keyakinan Arteta tidak akan beralih arah dengan menyertai pasukan lain selain menjelaskan, perbincangan itu ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada perpindahan pemain.

“Mikel (Arteta) mahu terus berada di Arsenal dan kami juga mahukan beliau kekal di Stadium Emirates. Bagi saya, hanya masa yang akan menentukan sebelum beliau menandatangani kontrak baharu.

“Semua orang kekal tenang dan yakin ia (kontrak baharu) dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah. Buat masa sekarang, kami mahu meyelesaikan urusan perpindahan pemain sebelum beralih ke kontrak Mikel,” katanya.

Selain gelaran Liga Perdana, Arteta juga membuktikan kehebatannya sebagai pakar taktikal apabila turut mengemudi Arsenal ke final Liga Juara-Juara (UCL), namun terpaksa akur tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Pada ketika ini, kontrak sedia ada Arteta hanya berbaki 12 bulan, sekali gus menyebabkan Arsenal tidak boleh menunggu lama untuk menawarkan kontrak baharu kerana beberapa pasukan sedia menyambar khidmat pengurus tersebut. – AGENSI

The post EPL: Arsenal yakin Arteta kekal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved