Ernie Zakri Terharu Buat Persembahan Depan PMX & Presiden Perancis - “Kenangan Yang Begitu Bermakna…”

19 Nov 2026 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Ernie Zakri Terharu Buat Persembahan Depan PMX & Presiden Perancis - “Kenangan Yang Begitu Bermakna…”

Penyanyi, Ernie Zakri menyifatkan peluang membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron sebagai antara kenangan paling bermakna buatnya sepanjang bergelar anak seni.Menerusi perkongsian di Threads, Ernie meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk menghiburkan kedua-dua pemimpin itu bersempena Lawatan Rasmi Presiden Perancis yang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada Rabu.Lebih istimewa, Ernie turut berpeluang mendendangkan lagu popular berjudul La Vie En Rose bersama Presiden Macron dalam acara berkenaan.“Alhamdulillah, kenangan yang begitu bermakna sepanjang menjadi anak seni. Terima kasih. Dapat juga mendendangkan La Vie En Rose bersama dengan presiden,” tulisnya.Di akhir perkongsian, pelantun lagu Gundah ini berharap agar kerjasama seperti ini dapat dilakukan lagi di masa akan datang.“Semoga ada rezeki untuk kerjasama seterusnya! Tentu sekali hari yang bermakna itu turut dikongsi bersama Anuar Zain,” tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved