NuEnergy Gas raih RM8.9 juta menerusi penempatan institusi di ASX, menurut Globaltec

LocalBusiness & Finance
11 Sep 2026 • 5:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

NuEnergy Gas raih RM8.9 juta menerusi penempatan institusi di ASX, menurut Globaltec Image from: NuEnergy Gas raih RM8.9 juta menerusi penempatan institusi di ASX, menurut Globaltec hamden11/09/2026 - 17:04 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 Sept – Globaltec Formation Berhad memaklumkan anak syarikat milik 70%, NuEnergy Gas Limited berjaya melengkapkan penempatan institusi membabitkan penerbitan 80 juta saham baharu di Australian Securities Exchange (ASX) bagi mengumpul A$3.05 juta (kira-kira RM8.9 juta).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Globaltec memberitahu urusniaga berkenaan telah disempurnakan pada pada 11 September 2026 bagi mengumpul dan bagi menyokong kumpula memasuki peringkat pengkomersialan projek.

 

Sementara itu NuEnergy dalam makluman kepada ASX berkata sebanyak 80,242,129 saham penempatan diterbitkan pada harga A$0.038 sesaham, bagi mengumpul dana berjumlah A$3.05 juta.

 

Selain itu, NuEnergy menerbitkan 526,316 saham penempatan kepada SP Corporate Advisory Pty Ltd yang membantu Sequoia Corporate Finance Pty Ltd selaku pengurus utama penempatan.

 

Justeru, jumlah keseluruhan saham baharu NuEnergy yang diterbitkan berkaitan penempatan itu mencecah 80,768,445 saham.

 

Bagi setiap dua saham penempatan yang dilanggan, peserta menerima satu opsyen percuma yang dilampirkan.

 

Sehubungan itu, sebanyak 40,121,065 opsyen diterbitkan kepada peserta penempatan.

 

Dalam perkembangan sama, pengurus utama turut diberikan 16,048,426 opsyen tidak disenaraikan berdasarkan nisbah satu opsyen bagi setiap lima saham penempatan yang diterbitkan.

 

Opsyen yang diberikan kepada pengurus utama itu mempunyai terma sama seperti opsyen yang diterbitkan kepada peserta penempatan.

 

Secara keseluruhan, sebanyak 56,169,491 opsyen telah diterbitkan berkaitan penempatan tersebut.

 

Penempatan berkenaan dibuat susulan pengumuman NuEnergy pada 7 September 2026 berhubung pembiayaan untuk menyokong kemajuan kumpulan ke arah pengkomersialan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved