F1: Bottas enggan peduli spekulasi, kekal yakin

29 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Bottas enggan peduli spekulasi, kekal yakin

AUSTIN – Valtteri Bottas menegaskan masa depannya bersama Cadillac Racing terjamin dan menepis spekulasi liar kononnya kedudukannya dalam kancah Formula Satu (F1) bagi musim 2027 kini di ambang penyingkiran.

Khabar angin mengenai masa depan pelumba Finland berusia 37 tahun itu mula bertiup kencang susulan kemerosotan prestasi pada sesi kelayakan dan hari perlumbaan kebelakangan ini, sekali gus mengaitkan nama Esteban Ocon, Colton Herta serta Yuki Tsunoda sebagai calon pengganti.

Situasi bertambah hangat apabila Prinsipal Pasukan Cadillac, Marcin Budkowski enggan memberi jaminan terbuka mengenai barisan pemandunya bagi 2027 ketika bercakap pada sidang media Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Budkowski mengakui pasukannya dihujani panggilan daripada ejen dan pelumba di pasaran terbuka, namun enggan mengesahkan status lanjutan kontrak Bottas mahupun Sergio Perez, sambil menegaskan sebarang pengumuman rasmi hanya akan dibuat apabila tiba masa yang sesuai.

Bagaimanapun, Bottas yang telah mengharungi 264 perlumbaan F1 kekal tenang dan menegaskan dia tidak terganggu dengan kenyataan pasukannya itu kerana yakin dengan kontrak yang dimeterainya ketika menyertai pasukan untuk musim 2026.

“Semasa saya menandatangani kontrak tahun lalu, saya tahu dengan jelas segala termanya. Jadi semuanya berada dalam keadaan baik. Apapun, pelbagai perkara boleh berlaku dalam sukan ini.

“Namun buat masa ini, pasukan berpuas hati dengan apa yang saya berikan kepada mereka dan bagi saya, itu sahaja yang penting,” katanya. – AGENSI

The post F1: Bottas enggan peduli spekulasi, kekal yakin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved