F1: Hamilton selar keputusan FIA

26 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Hamilton selar keputusan FIA

BAKU – Pelumba Ferrari, Lewis Hamilton menyelar tindakan penganjur F1 yang membuat keputusan memendekkan jarak perlumbaan bermula 2027, malah mengakui dia lebih gemarkan perlumbaan yang lebih panjang berbanding ketika ini.

FIA baru-baru ini mengumumkan bahawa selepas mesyuarat terbaharu Suruhanjaya F1, pengurangan jarak keseluruhan perlumbaan bagi F1 2027 telah diluluskan.

Dalam pengumuman FIA menjelang Grand Prix Azerbaijan, jarak perlumbaan dikurangkan daripada 305 km kepada 290 km mulai F1 2027, bergantung kepada litar menyebabkan ia bakal dipendekkan kepada dua atau tiga pusingan.

Perubahan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap peningkatan kadar aliran bahan api unit kuasa yang akan diperkenalkan pada 2027 apabila berlaku perubahan imbangan antara kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kuasa elektrik dengan bahagian ICE meningkat kepada kira-kira 58%, berbanding 42% daripada kuasa elektrik.

“Saya sebenarnya tidak begitu tahu mengenainya atau apa sebab yang mereka kemukaka. Saya rasa perlumbaan sepatutnya lebih panjang kerana perlumbaan sekarang secara fizikalnya lebih mudah berbanding sebelum ini.

“Jadi, memendekkannya pada saya tidak begitu masuk akal. Kalau kita lihat hujung minggu ini, kita mempunyai tayar C3, C4 dan C5 yang semuanya boleh digunakan untuk melengkapkan jarak perlumbaan.

“Jadi, terdapat banyak perlumbaan yang hanya memerlukan satu hentian pit. Ia memang mencabar, tetapi mereka menghasilkan tayar yang nampaknya boleh bertahan lebih lama. Sudah banyak perlumbaan di mana saya berharap kita mempunyai lebih banyak pusingan.

“F1 sepatutnya menjadi sukan yang paling mencabar dari segi fizikal. Dari segi mental dan fizikal. Ada beberapa perlumbaan yang sangat panas dan akhirnya anda benar-benar berada di tahap maksimum. Singapura sangat panas dan mencabar. Malaysia pula akan menjadi sangat gila tahun ini,” jelasnya. – AGENSI

The post F1: Hamilton selar keputusan FIA appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved