Gagal pamer tanda harga antara kesalahan peniaga di Pulau Perhentian

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 1:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gagal pamer tanda harga antara kesalahan peniaga di Pulau Perhentian

BESUT: Kegagalan mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual adalah antara kesalahan dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di Pulau Perhentian, di sini.

Pengarahnya, Mohd. Mufsi Lat berkata, peniaga memberikan alasan mereka tidak sempat meletakkan tanda harga selain harga bagi sesetengah barangan berubah dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, alasan ini tidak mengubah hakikat bahawa tanda harga perlu dipamerkan. Walaupun harga berubah mengikut keadaan pasaran, peniaga tetap perlu meletak dan mempamerkan tanda harga,” katanya semasa operasi berkenaan.

Menurut Mohd. Mufsi, dalam operasi itu, sebanyak lima kesalahan di bawah akta yang dikuatkuasakan kementerian itu dikesan membabitkan jumlah kompaun RM1,800 hasil pemeriksaan di beberapa premis dan resort sekitar pulau berkenaan.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan adalah berkaitan Akta Timbang dan Sukat 1972 serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Selain KPDN, operasi ini turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Majlis Daerah Besut (MDB) dan De’ Metrology yang masing-masing menjalankan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa agensi.

“Bagi KPDN, kita mengambil lima kes dengan jumlah kompaun RM1,800 manakala MDB merekodkan lima kes dengan jumlah kompaun RM2,750,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati bekalan barangan kawalan seperti minyak masak, tepung dan gula di premis yang diperiksa berada dalam keadaan baik serta tidak berlaku sebarang penyelewengan setakat pemeriksaan dijalankan. – UTUSAN

The post Gagal pamer tanda harga antara kesalahan peniaga di Pulau Perhentian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved