Tidak pamer harga, 5 premis di Pulau Perhentian dikompaun KPDN

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 2:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tidak pamer harga, 5 premis di Pulau Perhentian dikompaun KPDN

BESUT – Gara-gara tidak mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbangan tidak ditentusahkan, lima premis penginapan dan kedai makan di Pulau Perhentian, dekat sini dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Dalam operasi kira-kira 26 jam hingga pukul 10 pagi tadi itu, kesemua pengusaha premis terlibat dikompaun melibatkan amaun keseluruhan RM4,550.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, pemeriksaan berjaya mengesan tiga kesalahan menggunakan alat penimbang ditentu sah manakala dua lagi berkaitan gagal mempamerkan tanda harga.

“Sebahagian pengusaha premis makanan dan penginapan terlibat memberi alasan tidak mempamerkan tanda harga kerana harga makanan laut yang berubah-ubah.

“Alasan tersebut tidak dapat diterima. Mempamerkan tanda harga kepada pengguna adalah wajib,” katanya di Pulau Perhentian, Kuala Besut dekat sini hari ini.

Terdahulu beliau mengetuai operasi bersepadu melibat pelbagai angensi penguat kuasa memeriksa 20 premis penginapan dan makanan di seluruh pulau peranginan terbabit.

Beliau berkata, operasi tersebut merupakan usaha bersepadu bagi memastikan aktiviti perdagangan di kawasan tumpuan pelancong dilaksanakan secara beretika, telus dan mematuhi perundangan ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

The post Tidak pamer harga, 5 premis di Pulau Perhentian dikompaun KPDN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved