Gelagat Lelaki Teruja Pertama Kali Guna Tol Buat Ramai Pecah Perut [Video]

11 Jun 2025 • 10:24 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu pasti pernah melalui pengalaman mencuba sesuatu perkara baru.

Perasaan pertama kali ini secara tidak langsung membuatkan seseorang timbul rasa bercampur-baur seperti teruja, gembira, takut, panik dan sebagainya.

Namun apabila merasakan pengalaman pertama itu sesuatu perkara yang seronok ia tentunya akan membuatkan seseorang berasa gembira dan adakala bersorak mengenainya.

Lelaki teruja ketika lalu tol

Baru-baru ini, seorang pemandu kereta dipercayai Perodua Viva turut merasakan perkara sama sewaktu pertama kali melalui tol sehingga menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kotak_keras di TikTok, awalnya kelihatan lelaki berkenaan mula ketawa seperti seronok sebaik mereka mula mendekati tol.

Malah dia turut dilihat sudah bersedia memegang kad Touch ‘N’ Go (TnG) di tangan kanan manakala tangan kiri pula masih memegang stereng untuk mengawal kenderaan.

Bukan sekadar ketawa, pemandu tersebut turut dilihat seperti tidak sabar untuk menggunakan tol berkenaan.

Sebaik sahaja memasuki lorong TnG, dia kemudian berhenti di hadapan alat imbasan untuk menyentuh kad yang dipegang.

Sentuh kad TnG sampai dua kali, siap bersorak sebaik lepasi tol

Kelihatan dia menyentuh kad tersebut sebanyak dua kali sebelum melihat palang pada lorong itu terbuka.

Sebaik palang dibuka, pemandu lalu meneruskan perjalanan sambil bersorak kegembiraan. Malah turun kedengaran penumpang di bahagian belakang yang dipercayai anak-anaknya turut bersorak.

“Point Of View (POV): Bila kau first time pakai tol,” tulisnya di dalam komen.

@kotak_keras

oo tedah nya lok🤣🤣

♬ Funny – Gold-Tiger

Ramai yang terhibur lihat gelagat pemandu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat pemandu berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka juga mempunyai reaksi yang sama sewaktu pertama kali menggunakan tol.

Ada juga yang mengatakan mereka teruja kerana di negeri seperti Sarawak dan Sabah tidak mempunyai tol.

Selain itu, ada yang mengatakan selain menggunakan kad TnG mereka juga boleh menggunakan kad pengenalan sebagai pengganti jika terdapat individu yang tidak mempunyai kad TnG.

“Bukan setakat dari luar ya. Saya yang pertama kali dapat lesen sampai sekarang kena lalu tol pun macam ni. Darah naik sampai atas kepala kalau lalu tol, takut lain macam. Tak tahu kenapa”

image is not available

“Guna kad pengenalan je senang kalau jarang pakai. Janji dalam ada baki”

image is not available

“Sama lah macam kami yang dari Sabah kalau pergi sana (semenanjung). Macam panik-panik lalu tol.”

image is not available

“Mari Kuala Lumpur pula. Silap-silap awak terkejut pula nanti duit habis dekat tol”

image is not available