Gelombang Kedua Misi Kemanusiaan, 11 Lagi Kapal Sedang Belayar Ke Gaza?

WorldPolitics
3 Oct 2025 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seramai 100 orang aktivis sedang bergerak dalam 11 kapal kini sedang menuju ke Semenanjung Gaza menurut Pertubuhan Antarabangsa, Freedom Flotila Coalition (FFC) pada Khamis, dipercayai sebagai gelombang kedua misi kemanusiaan.

Menurut FFC, dua bot yang mengibarkan bendera Itali dan Perancis berlepas dari Otranto, Itali pada 25 September dan disertai kapal Conscience pada 30 September.

image is not available

Dalam kenyataan itu lagi, kapal-kapal berkenaan dijangka bergabung dengan satu lagi konvoi lapan buah bot, “Thousand Madleens To Gaza” dalam masa terdekat ini.

image is not available

Kedua-dua kumpulan kapal ini akan bergabung dan membentuk konvoi 11 kapal menuju ke Gaza.

Menurut Bernama, kumpulan kapal itu kini sedang berada di perairan Crete.

Sejak semalam, muncul video belasan kapal dilihat belayar di perairan menuju Gaza, membawa bendera itali. Namun tidak dapat dipastikan kesahihan video itu sehinggalah FFC mengeluarkan kenyataan ini.

Sejak semalam, seramai 450 aktivis Global Sumud Flotila (GSF) termasuk wakil Malaysia telah ditahan oleh Pasukan Tentera Laut Israel. Tentera Israel turut merampas 42 bot yang turut mengagalkan usaha menghantar bantuan kemanusian ke Semenanjung Gaza.

Sumber : Malaysia Kini

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.