Gempa kuat 7.7 magnitud gegar perairan Indonesia

15 Aug 2026 • 7:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gempa kuat 7.7 magnitud gegar perairan Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda perairan berhampiran Pulau Flores, Indonesia awal Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS memaklumkan pusat gempa dikesan di luar pantai utara pulau itu, kira-kira 68 kilometer di barat laut Ende, pada kedalaman cetek hanya 10 kilometer.

Gempa utama itu diikuti dua gegaran susulan kuat berukuran 5.6 dan 5.9 magnitud di kawasan sama.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) memberi amaran mengenai kemungkinan pembentukan gelombang tsunami susulan gempa berkenaan.

Indonesia dan negara-negara jirannya sering mengalami gempa bumi kerana terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, iaitu zon aktiviti seismik tinggi yang membentang dari Jepun merentasi Asia Tenggara hingga ke lembangan Pasifik.

The post Gempa kuat 7.7 magnitud gegar perairan Indonesia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved