Genap setahun anak diserang, kes diam & mati begitu sahaja – Rafizi Ramli

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 1:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Genap setahun selepas kejadian serangan terhadap anak lelakinya di Putrajaya, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa kes berkenaan seolah-olah “diam dan mati begitu sahaja”.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau tidak akan melupakan kejadian berkenaan dan akan terus mengingati tarikh 13 Ogos setiap tahun sehingga individu yang bertanggungjawab serta dalang di sebalik serangan itu dibawa ke muka pengadilan.

“Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan.
“Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Image from: Genap setahun anak diserang, kes diam & mati begitu sahaja – Rafizi Ramli

Pada 13 Ogos tahun lalu, Rafizi dalam satu sidang media mendedahkan isterinya menerima mesej berbaur ugutan, termasuk ‘diam, jika teruskan, AIDS,’ selepas anak lelaki mereka yang ketika itu berusia 12 tahun diserang.

Polis pada hari sama mengesahkan kejadian serangan terhadap anak Rafizi di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya sekitar jam 2 petang.

Bagaimanapun, anaknya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Image from: Genap setahun anak diserang, kes diam & mati begitu sahaja – Rafizi Ramli

Rafizi mendakwa beliau turut dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri mengenai dalang yang disyaki, namun perkara itu dinafikan apabila beliau meminta jawapan secara terbuka di Parlimen.

“Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, polis memaklumkan keterangan 19 individu sudah dirakam, manakala nombor telefon yang digunakan untuk mengugut isteri Rafizi didaftarkan atas nama seorang warga asing.

Bagaimanapun, identiti penyerang masih belum dikenal pasti berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh tidak jelas.

Artikel lain: Ahli Parlimen sepakat solidariti, sifatkan serangan anak Rafizi Ramli melampaui batas kemanusiaan

Pada Januari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata terdapat maklumat tertentu yang tidak boleh didedahkan kerana dikhuatiri mengganggu usaha mengesan suspek serta menjejaskan keselamatan saksi penting.

Image from: Genap setahun anak diserang, kes diam & mati begitu sahaja – Rafizi Ramli

Beliau turut memaklumkan kes masih dalam siasatan, manakala sebarang keputusan untuk mengklasifikasikannya sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) bergantung kepada perkembangan serta petunjuk baharu yang ditemukan polis.

Sumber: FB Rafizi Ramli

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved