Gentari dan Sarawak Energy Berhad buka stesen cas EV awam pertama di Kuching, terpantas di Borneo

8 Sep 2023 • 9:18 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anak syarikat Petronas, Gentari, dilapor telah memperluas rangkaian pengecasan EV mereka ke pulau Borneo. Mereka telah bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk membuka sebuah stesen pengecas EV awam dan lebih menarik, ia adalah yang pertama di Sarawak dan pengecas awam paling berkuasa di atas kepualauan Borneo.

Letaknya di ICOM Square, Kuching, Sarawak, stesen ini mempunyai dua reruai mengecas. Reruai pertama terdiri daripada dua penyambung CCS yang boleh memberikan output sehingga 180kW manakala reruai kedua boleh berikan output sehingga 50kW dengan penyambung CCS, Type-2, ataupun CHAdeMO.

Stesen ini sedang diletakkan di bawah fasa percubaan sepanjang bulan September 2023 ini dan ia boleh diaktifkan menerusi aplikasi Setel ataupun JomCharge.

image is not available

Dengan pembinaan stesen EV ini, maka bertambahlah sebuah lagi stesen pegecas EV dalam Malaysia dan sudah pasti ia membawa kita lebih hampir kepada objektif kerajaan untuk melihat 10,000 stesen pengecas EV di dalam Malaysia menjelang 2025 berdasarkan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021 – 2030.

Untuk pengetahuan anda, stesen pengecas EV terpantas di pulau Borneo sekarang letaknya di Porsche Centre Brunei, namun ia tidak dibuka kepada orang awam.

Bacaan berkaitan