Ghani sahut cabaran pimpin FAM

LocalFootball
3 Sep 2026 • 3:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ghani sahut cabaran pimpin FAM
Ghani (dua dari kiri) mahu membawa pendekatan lebih terbuka, profesional dan berteraskan kerjasama sekiranya dipilih presiden FAM.

PRESIDEN Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan menyifatkan pencalonannya bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk baki penggal 2025 hingga 2029 sebagai satu amanah besar dalam usaha memperbaiki hala tuju bola sepak negara.

Beliau berkata, jika diberi kepercayaan, tumpuannya adalah untuk memperkukuh tadbir urus, pembangunan bola sepak dan pengurusan pertandingan, selain memastikan kepentingan semua pihak dalam ekosistem bola sepak terus diberi perhatian.

“Saya mahu membawa pendekatan yang lebih terbuka, profesional dan berteraskan kerjasama. Kita perlu duduk bersama, mendengar pandangan semua pihak dan mencari penyelesaian terbaik untuk masa depan bola sepak negara,” katanya.

Sebelum ini, FAM mengesahkan senarai calon bagi Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 yang akan berlangsung pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026, 17 September ini.

Perebutan jawatan kerusi nombor satu menyaksikan Ghani bakal dicabar Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Ab Ghani pada masa sama menghormati proses pemilihan serta calon lain yang menawarkan diri, sambil memilih untuk tidak mengemukakan perancangan secara terperinci sebelum pemilihan berlangsung.

“Saya tampil dengan niat untuk berkhidmat dan menyumbang pengalaman yang ada demi kepentingan bola sepak Malaysia,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved