Glomac kembali catat keuntungan pada suku pertama, hasil pembangunan hartanah melonjak

18 Sep 2026 • 9:09 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Glomac kembali catat keuntungan pada suku pertama, hasil pembangunan hartanah melonjak Image from: Glomac kembali catat keuntungan pada suku pertama, hasil pembangunan hartanah melonjak johardy18/09/2026 - 09:09 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 Sept - Glomac Berhad kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM7.6 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Julai 2026 (1QFY2027), berbanding kerugian bersih RM1.42 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Prestasi positif itu disokong lonjakan hasil kumpulan yang meningkat lebih dua kali ganda kepada RM68.53 juta daripada RM26.05 juta sebelum ini, terutama menerusi sumbangan lebih tinggi daripada segmen pembangunan hartanah.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, segmen pembangunan hartanah yang menjadi penyumbang utama hasilnya merekodkan peningkatan hasil kepada RM61.12 juta daripada RM19.17 juta pada 1QFY2026.

 

Peningkatan tersebut didorong aktiviti pembinaan dan pembangunan yang lebih rancak bagi projek-projek sedang dilaksanakan.


 

solar

 


Sementara itu, hasil bahagian pelaburan hartanah yang merangkumi pendapatan sewaan daripada hartanah pelaburan dan tempat letak kereta kekal stabil pada RM6.6 juta.

 

Tiada dividen diumumkan bagi suku berkenaan.

 

Glomac kekal optimistik terhadap momentum pertumbuhannya, dipacu pelaksanaan projek pembangunan semasa mengikut jadual serta pelancaran projek baharu yang dirancang.

 

Saham Glomac ditutup tidak berubah pada 31 sen pada Khamis, menjadikan permodalan pasaran kumpulan itu sebanyak RM248 juta. — DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved