Google Messages Kini Mempunyai Ciri Mengaburkan Imej Lucah

TechnologyDigital
15 Aug 2025 • 9:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Messages telah dikemaskini di peranti Android pagi ini dengan ia kini boleh menapis kandungan yang disyaki lucah. Apabila gambar diterima, Android System SafetyCore akan melakukan pemprosesan imej terus daripada peranti. Jika mengesan imej mengandungi elemen lucah, ia akan dikaburkan secara automatik. Gambar sebenar hanya akan dapat dilihat dengan jelas selepas ditekan oleh pengguna.

image is not available

Selain mengaburkan imej, Messsage juga akan memaparkan notifkasi untuk memberi tahu pengguna mengapa imej lucah adalah berbahaya. Terdapat juga butang untuk menghalang daripada menerima lebih banyak mesej daripada penghantar imej lucah. Messages juga akan memberikan amaran mengenai risiko jika pengguna ingin menghantar imej lucah yang diterima kepada pengguna lain. Ia hanya akan dihantar selepas pengguna menyedari risiko menyebarkannya.

Ciri perlindungan ini boleh diaktifkan menerusi tetapan Messages. Klik ikon wajah akaun, kemudian pergi ke Tetapan messages dan kemudian ke Perlindungan dan Keselamatan. Pilih untuk mengaktifkan Perlindungan spam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved