'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda

6 Jun 2026 • 11:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda
Jasima Saludin, 52, dedah sisi sebenar adiknya Jaslinda.
Image from: 'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda
Tok Batin Kampung Ampang Woh, Bah Lilit, 52, bersama sebahagian daripada 22 sukarelawan Orang Asli membuat pemeriksaan laluan permulaan pendakian yang akan digunakan pada awal pagi esok bagi misi mencari pendaki, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak Ahad lalu, ketika tinjauan di Kampung Ampang Woh. Foto Bernama
Image from: 'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 23 Mei lepas diteruskan dengan pencarian melalui udara. Foto Bernama
Image from: 'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda
Haszman Othman, 61, suami kepada Jaslinda Saludin, 49 setia menanti kepulangan isteri tercinta.
Image from: 'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda
Pemandangan pendakian ke puncak Gunung Batu Putih yang dirakam pada Februari 2024 semasa aktiviti Konservasi Gunung Batu Putih. Foto Bernama.
Image from: 'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda
Tulisan tertera "HAFIZ AMBIK GAMBAR AKAK DH SAMPAI” itu ditinggalkan Jaslinda di atas tanah di puncak Gunung Batu Putih.

IPOH – “Gunung Liang ialah gunung terakhir kami mendaki bersama pada 2022 selepas pulang daripada melakukan aktiviti sama di Gunung Rinjani, Indonesia.

“Kenangan yang paling saya tidak lupakan ialah rancangan kami untuk 'khatam' G7 (Gunung Yong Yap pada 2019) bersama-sama,” kata kakak kepada pendaki wanita yang masih hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lalu, Jaslinda Saludin.

Jasima Saludin, 52, berkata, beliau dan adiknya berkongsi minat yang sama terhadap aktiviti pendakian, namun keadaan kesihatannya tidak lagi mengizinkan untuk terus aktif dalam kegiatan tersebut.

**media[3541824]**

Menurutnya, Jaslinda, 49, merupakan seorang yang aktif sejak muda dan gemar melakukan pelbagai aktiviti luar seperti menyelam serta berbasikal gunung (MTB).

ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan Jaslinda

Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Katanya, minat terhadap alam semula jadi menyebabkan adiknya lebih selesa melakukan aktiviti luar yang jauh daripada kesibukan bandar.

“Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik. Kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan.

**media[3541825]**

“Bukan saya nak puji, tetapi memang itulah Jaslinda,” katanya kepada Bernama sambil memaklumkan ahli keluarga merindui celoteh wanita itu.

Jasima berkata, Jaslinda mempunyai pengalaman mendaki lebih 10 tahun dan pernah menawan beberapa gunung termasuk Gunung Kinabalu, Gunung Semangkok serta Gunung Stong, selain mendaki bukit-bukit lain.

“Ya, sudah tentu dia telah mendaki lebih 10 tahun, tetapi pengalaman mendaki itu sendiri bukanlah bermaksud untuk bermegah, hebat atau mahir dengan semua perkara,” katanya.

Mengulas operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini diteruskan dalam skala lebih kecil, beliau berkata keluarganya tidak pernah berputus asa dan terus berharap agar Jaslinda ditemukan secepat mungkin.

**media[3541826]**

“Memang kami sentiasa menunggu atau bertanya perkembangan kes kerana setiap maklumat itu sangat bermakna untuk kami sekeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Jasima meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap adiknya di media sosial kerana tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.

“Bagaimanapun, dalam banyak kecaman, saya tahu masih ada yang mendoakan Jaslinda. Kita tidak tahu perkara yang berlaku ketika itu, hanya mereka yang bersama dengan Jaslinda yang tahu,” katanya.

Beliau turut memohon maaf sekiranya Jaslinda pernah menyakiti mana-mana pihak dan berharap orang ramai memberi tumpuan kepada usaha pencarian adiknya, bukannya mencari kesalahan mana-mana pihak.

**media[3541828]**

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pencarian adik saya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim dilaporkan berkata operasi SAR terhadap Jaslinda diteruskan dalam skala lebih kecil yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Beliau dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki. Bagaimanapun, eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITANOrang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hari

Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

**media[3541827]**