
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain keluarga, kawan baik dan rapat merupakan antara individu yang paling dekat dalam kehidupan.
Bagi kebanyakan orang, rakan merupakan orang terawal yang dicari jika sedang berhadapan dengan masalah.
Manakan tidak, insan yang turut digelar sebagai sahabat ini sanggup berkorban apa sahaja asalkan rakan mereka tersenyum bahagia.
Lelaki Berjaya Beli Rumah Pertama, Kawan Teman Ambil Kunci
Semalam (6 Ogos), tular di media sosial semangat persahabatan sekumpulan individu sempena meraikan kejayaan salah seorang rakan mereka yang berjaya membeli rumah pertama.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @acak_east, pengguna berkenaan terharu apabila mendapat kejutan hadiah daripada rakan-rakannya.
Melalui perkongsian tersebut, dia pada mulanya telah datang bersama rakan untuk mengambil kunci rumah pertama di Cybersouth, Dengkil, Selangor semalam (6 Ogos).
“Masa ni aku datang seorang tapi aku bawa housemate aku. Bila kau dapat kunci, perasaan kau lain macam tau, macam kau menang jackpot,” kongsinya.
Rakan Buat Kejutan Hadiahkan Barangan Rumah Sempena Kediaman Pertama
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah rakan-rakannya itu sanggup membuat kejutan sempena meraikan dia masuk ke kediaman baharu.
Dapat dilihat beberapa orang kawannya itu memegang kotak yang berisi perkakas dan barangan rumah seperti periuk nasi, kuali, kipas elektrik, set pemanggang BBQ dan mesin pengisar.
Bukan itu sahaja, rakan-rakanya itu turut menghadiahkan peralatan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh untuk kegunaan dan kemudahan pengguna berkenaan.
Pemuda Terkejut & Terharu, Tak Sangka Dapat Kejutan Dari Rakan
Tindakan rakannya itu nyata menyentuh hati pemuda berkenaan hingga dia berasa terharu dan menangis apabila menerima barangan tersebut.
“Aku menangis sebab diorang macam tahu bila masuk rumah baru ni banyak benda nak pakai duit kan?
“Sanggup korang collect duit dan mesej semua kawan-kawan aku, terima kasih banyak-banyak,” tulisnya lagi.
@acak_east Rumah pertama, kunci baru, tanggungjawab pun besar. Tapi tak sangka sahabat datang ‘bawa rezeki’… Satu rumah penuh dengan barang keperluan diaorang hadiahkan. Aku menitis air mata, sebab dorang faham… #idamanmelur #idamanmelurcybersouth #Rum#RumahPertamaz#RezekiBersahabatr#SurpriseSahabats#MasukRumahBarud#HadiahTakTernilaih#SahabatSampaiSyurgak#NikmatSyukura#TeamSupportSystemm#MomentTakLupar#HargaiYangMengingatil#AllahHantarRezekiMelaluiMerekah#BahagiaCaraKitaz#RezekiTakDisangkam#HomeSweetHomesmillahRumahPertama ♬ original sound – SSAME
Tonton video penuh [DI SINI]
@acak_east Replying to @hiokHioK Terima kasih kepada kawan2 dan kenapa la korang sanggup buat macam ni.Thanks sekali lagi. #RumahPertama #RezekiBersahabat #SurpriseSahabat #MasukRumahBaru #HadiahTakTernilai #SahabatSampaiSyurga #NikmatSyukur #TeamSupportSystem #MomentTakLupa #HargaiYangMengingati #AllahHantarRezekiMelaluiMereka #BahagiaCaraKita #RezekiTakDisangka #HomeSweetHome #BismillahRumahPertama ♬ Manifest (with Novet) – ALIGN & Novet
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Tersentuh Lihat Semangat Setia Kawan
Video yang telah mendapat lebih 183,000 perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang tumpang gembira melihat pemuda berkenaan mendapat kejutan dari rakannya.
Malah, ada yang turut meluahkan rasa kagum dengan semangat setia kawan yang diamalkan oleh kumpulan individu terbabit.
Tidak kurang juga ada segelintir netizen yang turut berkongsi pengalaman sama mempunyai rakan yang membahagiakan mereka dengan cara tersendiri.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Jagalah Kawan Baik Ini, Susah Nak Cari”

“Tahniah Abang Dapat Rumah Baru, Esok-Esok Kalau Ada Kawan Yang Nak Kahwin, Bagilah Hadiah Kahwin Peralatan Dapur”

“Bertuah Kau Bro Dapat Sahabat Dari Syurga Macam Ini”

“Aku Dulu Suka Bagi Hadiah Untuk Kawan-Kawan, Tong Gas, Lesung Batu, Minyak Masak”

Baca Artikel Berkaitan: Siap Beri Tong Gas, Gelagat Sekumpulan Lelaki Hadiahkan Barangan Rumah Pada Pengantin Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terharu Hingga Menitis Air Mata, Rakan Hadiahkan Komputer Untuk Kegunaan Masuk Universiti [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Sanggup Tengok Member Menangis Hilang Handphone, Kawan Hadiahkan Yang Baru
Source:



![“Ayam RM1 Pun Besar Lagi”- Lelaki Kecewa ‘Grilled Chicken’ Dipesan Kecil Untuk Harga RM5 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)