GV Fantasia: Mila Jirin Akui Berdebar Nak Dengar Komen Juri - “Sampai ‘Blank’, Tiba-Tiba Rasa Tekak Kering…”

10 Nov 2026 • 3:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

GV Fantasia: Mila Jirin Akui Berdebar Nak Dengar Komen Juri - “Sampai ‘Blank’, Tiba-Tiba Rasa Tekak Kering…”

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Mila Jirin mengakui berdebar apabila tiba saat untuk mendengar komen daripada barisan juri sebaik sahaja selesai membuat persembahan.Bagaimanapun, Mila meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat pujian daripada ketua juri, Datuk Ramli MS.Menurut Mila, perasaan berdebar yang dialaminya itu membuatkan dia teringat kembali pengalaman ketika menghadiri sesi uji bakat Akademi Fantasia (AF) suatu ketika dahulu.“Saya sampai blank siapa yang akan bagi komen sebab saya dah rasa berdebar-debar, tiba-tiba rasa tekak kering.“Masya-Allah, perasaan tu rasa macam nak pergi uji bakat Akademi Fantasia dulu-dulu. Tapi alhamdulillah, mungkin walaupun saya dah lama tak berada atas pentas, tapi adalah pengalaman-pengalaman yang saya kutip dulu-dulu.“Jadi kita macam giving back, macam recovery, recall balik semua pengalaman yang ada,” katanya ketika ditemui Gempak.Dalam pada itu, Mila juga berkata dia berasa sangat gementar ketika membuat persembahan di minggu pertama memandangkan sudah lama tidak beraksi di pentas sebesar GVF.Jelas Mila lagi, disebabkan itu juga dia meletakkan sepenuh fokus untuk memberikan persembahan terbaik sebagai menghargai sokongan peminat yang tidak pernah putus.“Masa buat persembahan sebenarnya saya sangat berdebar sebab sudah lama saya tinggalkan pentas sebesar itu.“Tapi saya hanya fikir nak bagi yang terbaik kepada yang menyokong sebab kalau saya lihat dah lama saya tinggalkan pentas tapi peminat tetap datang bagi sokongan.“Saya adalah orang yang absorb energi, mungkin bila saya dapat sorakan tu energi terus datang,” jelasnya.Minggu pertama GVF menyaksikan Mila yang menyampaikan lagu Persis Mutiara berada ditempat kedua dengan peratusan markah sebanyak 66.51 peratus.GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.Minggu pertama juga turut memperkenalkan senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat yang bakal dipilih untuk memasuki GVF.BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganzaMenambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved