
Bukan sekadar persembahan bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), keserasian tiga pengacaranya iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad di konsert minggu pertama turut mencuri perhatian penonton.Menerusi perkongsian di Threads, beberapa pengguna memuji gandingan trio berkenaan yang disifatkan berjaya menghidupkan suasana dengan jenaka bersahaja tanpa kelihatan berebut peluang untuk bercakap.“Nabil memang paling relevan sebagai hos. Semalam tidak berhenti gelak dengan lawak rawaknya, tidak bosan langsung. Mereka bertiga pun tak nampak berebut siapa nak bercakap. Suka!“Walaupun orang suruh tukar Nabil daripada menjadi hos, bagi saya Nabil tetap relevan dengan GV. Dia buat rancangan jadi tak membosankan.“Nabil walaupun membahan, berjaya naikkan nama Faizal dan mempromosikan karya Astro Shaw, Kudrat. Nabil siap mempromosikan perniagaan Mila dan Faizal.“Sherry pun sama, dia berjaya meneutralkan keadaan Nabil dan Jihan,” komen beberapa pengguna.Keserasian mereka turut mendapat reaksi positif daripada pengguna lain yang berharap gandingan tersebut terus memeriahkan GVF.“Pendek kata, tiga hos ini terbaik untuk GVF kali ini,” komen seorang lagi pengguna.Untuk info, GV Fantasia musim ini menghimpunkan juara serta alumni Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Barisan juri pula terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala CelcomDigi merupakan penaja rasmi program berkenaan.Berlangsung selama 11 minggu, GV13 bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria, saluran 104, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.Penonton juga boleh menyaksikan program tersebut menerusi aplikasi Astro GO dan sooka.Sumber: Threads






