Hannah puji PM Anwar sahut cabaran, GP Bahrain buka ruang masa depan F1 di Malaysia

5 Oct 2026 • 10:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyahut cabaran dan peluang unik membawa Grand Prix (GP) Bahrain ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tahun ini.

Hannah berkata, keputusan itu susulan ketegangan yang berlaku di Asia Barat pada 2026 yang membuka kemungkinan GP Bahrain diadakan di Sepang, dengan pelaksanaannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Tahniah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana menyahut cabaran dan peluang unik yang ditawarkan ini.
“Ketegangan di Asia Barat berlaku pada 2026 dan kemungkinan untuk GP Bahrain diadakan di Litar Sepang diteruskan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Image from: Hannah puji PM Anwar sahut cabaran, GP Bahrain buka ruang masa depan F1 di Malaysia

Beliau pada masa sama turut merakamkan penghargaan kepada SIC yang diketuai Pengerusinya, Datin Anita Azrina dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azhan Shafriman Hanif kerana berjaya melaksanakan tugasan itu dalam tempoh lebih dua bulan.

Menurut Hannah, kejayaan tersebut dicapai walaupun berdepan pelbagai kekangan logistik yang terlibat dalam penganjuran perlumbaan berprestij berkenaan.

“Syabas kepada Sepang Circuit yang diketuai oleh Pengerusi Datin Anita Azrina dan CEO Azhan Shafriman Hanif kerana berjaya melaksanakan tugas yang begitu sukar dalam tempoh sedikit lebih dua bulan serta menguruskan segala kekangan logistik yang terlibat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hannah berkata pendirian beliau mengenai kemungkinan Malaysia menganjurkan semula Formula One (F1) sebelum ini kekal konsisten, terutama mengambil kira kos penganjurannya yang amat tinggi.

Image from: Hannah puji PM Anwar sahut cabaran, GP Bahrain buka ruang masa depan F1 di Malaysia

Tambahnya sejak 2023, beliau beberapa kali ditanya mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah F1 termasuk di dalam dan luar Parlimen, namun kos penganjuran menjadi antara faktor utama yang menyukarkan perkara itu direalisasikan.

“Yuran penganjuran sahaja dianggarkan RM300 juta setiap tahun, manakala RM10 juta lagi perlu dibelanjakan untuk penyelenggaraan litar.
“Sebagai perbandingan, RM10 juta itu adalah jumlah yang diperuntukkan untuk program Road to Gold bagi tempoh setahun, manakala RM300 juta boleh menyokong pembangunan sukan dalam 20 disiplin membabitkan 363 atlet elit dan hampir 10,000 atlet pembangunan bakat setiap tahun,” tambah Hannah.

Hannah berkata, atas pertimbangan kemampuan, Malaysia sebelum ini memberi tumpuan kepada penganjuran MotoGP yang dilihat lebih berpatutan berbanding F1.

Bagaimanapun katanya, perkembangan terbaharu berhubung GP Bahrain di Sepang membuka ruang untuk melihat semula kemungkinan masa depan F1 di Malaysia.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved