PM Anwar ucap tahniah buat HM, seloroh tiada cuti umum -“Esok kerja macam biasa”

LocalFootball
5 Oct 2026 • 8:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya (HM) selepas skuad negara menewaskan pasukan Vietnam untuk meraih tempat ketiga dalam saingan FIFA ASEAN Cup.

Tamatkan saingan tanpa bolos

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar turut memuji prestasi skuad negara yang menamatkan saingan tanpa kalah dan tanpa bolos, selain menghargai kesungguhan pemain serta barisan kejurulatihan.

“Syabas dan tahniah kepada Harimau Malaya atas kejayaan menewaskan Vietnam, sekali gus meraih tempat ketiga serta menamatkan saingan FIFA ASEAN Cup tanpa kalah dan tanpa bolos!
“Terima kasih kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas kesungguhan dan semangat juang demi lencana di dada.
“Terus melangkah, terus berjuang dan harumkan nama negara!” katanya.

Ada ‘nota kaki’ buat para pekerja

Dalam hantaran sama, Anwar turut menyelitkan ‘nota kaki’ secara berseloroh kepada orang ramai bahawa kejayaan Harimau Malaya itu tidak bermakna esok menjadi cuti umum.

“Nota kaki: Tiada cuti umum ya, termasuk buat warga luar yang bekerja di Malaysia. Esok kerja seperti biasa,” ujarnya.
Image from: PM Anwar ucap tahniah buat HM, seloroh tiada cuti umum -“Esok kerja macam biasa”

Foto: Malaysia National Team Football

Terdahulu, Malaysia telah menundukkan pasukan Singapura 6-0 dalam saingan peringat kumpulan selepas terikat 0-0 dengan Indonesia sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pasukan Indonesia berjaya membolosi gol pasukan Bangladesh 9 berbalas 0 dan melayakkan mereka ke pentas final saingan FIFA ASEAN Cup.

Pasukan negara jiran itu akan bertemu dengan Thailand di final bagi merebut piala FIFA ASEAN Cup yang julung kali diadakan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved