Hannah Yeoh sahkan Lembaga Pengampunan bersidang esok, enggan komen isu tahanan rumah Najib

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 1:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hannah Yeoh sahkan Lembaga Pengampunan bersidang esok, enggan komen isu tahanan rumah Najib

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat pukul 8.30 pagi esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan perkara itu tetapi enggan memperincikan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Hannah juga tidak menjawab ketika ditanya sama ada mesyuarat itu akan membincangkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

“Ya saya boleh sahkan esok 8:30 pagi ada mesyuarat pengampunan.

“Kita telah dipanggil dan itu sahaja setakat ini yang saya boleh berikan kepada anda semualah,” katanya diminta mengesahkan mengenai Mesyuarat Lembaga Pengampunan esok,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Fasa Kelapan Program Mamogram Percuma Etiqa Dengan Kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di sini, hari ini.

The post Hannah Yeoh sahkan Lembaga Pengampunan bersidang esok, enggan komen isu tahanan rumah Najib appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved