Hannah Yeoh sahkan Lembaga Pengampunan bersidang esok -“Ya, esok jam 8.30 pagi”

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 3:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijangka bersidang esok pada jam 8.30 pagi, perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Enggan ulas lanjut tentang permohonan Najib

Walau bagaimanapun, memetik laporan daripada Buletin TV3, Hannah enggan mengulas lanjut sewaktu ditanya sama ada mesyuarat berkenaan membabitkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pengampunan.

“Ya, saya boleh sahkan esok jam 8.30 pagi ada mesyuarat pengampunan kita telah dipanggil dan itu sahaja setakat ini komen yang saya boleh berikan kepada anda semua.
“Saya hanya boleh sahkan esok ada mesyuarat pengampunan,” katanya selepas Pelancaran Fasa ke-8 Program Mamogram percuma Etiqa dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), di Jabatan Pertahanan Awam.

Image from: Hannah Yeoh sahkan Lembaga Pengampunan bersidang esok -“Ya, esok jam 8.30 pagi”

Sebelum ini, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijangka bersidang esok bagi mempertimbangkan, antara lain, permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan terhadap sabitan berkaitan skandal 1MDB.

Najib disabitkan enam tahun lalu atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Beliau didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, yang mula dijalaninya di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kemudiannya mengurangkan separuh tempoh penjaranya kepada enam tahun, selain mengurangkan denda kepada RM50 juta.

Sumber: Buletin TV3 (Vinsla Santiran)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved