‘Hanya yang berjiwa kental!’ – Lelaki ini masih guna lampin kain untuk anak-anaknya

Family & ParentingLifestyle
31 Jul 2026 • 11:03 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kain lampin yang dijemur di halaman rumah.

Di saat kebanyakan ibu bapa moden memilih lampin pakai buang demi kemudahan, seorang pensyarah dari Kota Bharu, Kelantan mencuri perhatian netizen apabila masih mengekalkan penggunaan lampin kain atau lampin cawat untuk anak-anaknya.

Mohd Shaharom yang juga bapa kepada lima cahaya mata berkongsi rutin hariannya di media sosial, termasuk proses mencuci, menjemur dan memakaikan lampin kain kepada anaknya.

Malah, video-video yang dimuat naiknya mendapat pelbagai reaksi netizen kerana ramai mengakui sudah jarang melihat ibu bapa menggunakan lampin kain pada zaman sekarang.

Dalam satu perkongsian, Shaharom berseloroh selepas selesai memasak nasi dagang, dia kembali menguruskan lampin anaknya yang perlu dijemur di bawah cahaya matahari.

“Semalam sahaja anak saya tukar 15 helai lampin. Jangan berani-berani nak pakai lampin cawat ini kalau tak kental,” katanya secara bersahaja.

Beliau turut memuat naik video menunjukkan cara membersihkan lampin kain selepas menerima permintaan daripada pengikut yang ingin mengetahui proses penjagaannya.

Menurutnya, lampin kain perlu ditukar setiap kira-kira dua jam bagi memastikan bayi kekal selesa dan mengelakkan ruam.

Image from: ‘Hanya yang berjiwa kental!’ – Lelaki ini masih guna lampin kain untuk anak-anaknya
Baca juga:

Ketika dihubungi The Reporter, Shaharom berkata, kesemua lima orang anaknya dibesarkan menggunakan lampin kain sejak lahir, sekali gus membolehkan keluarganya menikmati apa yang disifatkannya sebagai ‘free diaper selama 18 bulan’ bagi setiap anak.

Beliau menjelaskan, penggunaan lampin kain bukan sekadar membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga, malah lebih mesra alam kerana mengurangkan sisa lampin pakai buang yang sukar dilupuskan.

Selain itu, beliau percaya penggunaan lampin kain turut memberi manfaat kepada kulit bayi kerana mengurangkan risiko iritasi dan ruam jika dijaga dengan cara yang betul.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ada yang mengimbau kenangan dibesarkan dengan lampin kain suatu ketika dahulu, manakala sebahagian lagi mengakui kagum dengan kesungguhan beliau menguruskan rutin mencuci dan menjemur lampin setiap hari.

Image from: ‘Hanya yang berjiwa kental!’ – Lelaki ini masih guna lampin kain untuk anak-anaknya

Selain kisah penggunaan lampin kain, kediaman klasik milik Shaharom turut menjadi perhatian ramai kerana reka bentuk tradisionalnya yang unik dan sering dipaparkan dalam kandungan media sosial beliau.

Walaupun dianggap ‘cara lama’ oleh sesetengah pihak, Shaharom membuktikan bahawa penggunaan lampin kain masih relevan pada masa kini apabila diuruskan dengan disiplin, sekali gus menjadi pilihan yang lebih menjimatkan dan lestari untuk keluarga.

The post ‘Hanya yang berjiwa kental!’ – Lelaki ini masih guna lampin kain untuk anak-anaknya appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved