Harga aluminium global naik 50% jejaskan usaha Sorento kekalkan margin FY27 – TA Research

Business & Finance
14 Sep 2026 • 11:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Harga aluminium global naik 50% jejaskan usaha Sorento kekalkan margin FY27 – TA Research Image from: Harga aluminium global naik 50% jejaskan usaha Sorento kekalkan margin FY27 – TA Research amree14/09/2026 - 11:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Sept — Kenaikan harga aluminium global sebanyak 50% susulan konflik Timur Tengah dijangka memberi tekanan kepada kos pengeluaran Sorento Capital Berhad, menurut TA Research.

 

Perkembangan tersebut ujar firma penyelidikan berkenaan, dikhautiri menjejaskan usaha kumpulan itu untuk mengekalkan margin keuntungan kasar (GP) yang melebihi 40% pada tahun kewangan 2027 (FY27).

 

Peningkatan itu ujarnya, memberi kesan kepada kos pengeluaran produk paip bilik mandi dan dapur, manakala tekanan harga turut berlaku bagi produk seramik susulan lambakan produk China di Asia.

 

"Isu ini disebabkan eksport ke Timur Tengah terganggu akibat konflik di rantau berkenaan, namun pengurusan Sorento optimis margin GP dapat dikekalkan melebihi 40% pada FY27," jelas TA Research.

 

Keyakinan berkenaan tambahnya, susulan kejayaan kumpulan itu dapat merekodkan margin GP sebanyak 45.2% pada FY26, iaitu paras tertinggi dalam sejarah syarikat di sebalik pelbagai faktor tekanan.

 

Peningkatan margin itu antara lain didorong pengurangan kos pengeluar peralatan asal (OEM) di China pada penghujung tahun lalu, yang membantu margin GP bagi suku keempat FY26 meningkat kepada 47%.

 

Dari segi jualan projek kata TA Research, Sorento turut mencatat peningkatan tempahan bagi produk sanitari, dengan buku tempahan bertambah kepada RM150 juta berbanding RM120 juta sebelum ini.

 

Sorento_DagangNews2026

 

"Kami menjangkakan kumpulan memperoleh tempahan baharu sekitar RM80 juta setiap tahun bagi FY27 dan FY28, sekali gus menyediakan sokongan kepada pertumbuhan hasil tempoh itu," tambahnya.

 

Kedudukan kewangan juga kekal kukuh apabila tunai bersih naik kepada RM42.7 juta pada Jun 2026, dan aliran tunai operasi melonjak 80% kepada RM31.8 juta pada FY26, sejajar peningkatan keuntungan.

 

TA Research berkata, pengurusan Sorento mengambil pendekatan berhemat, dengan inventori berjumlah RM33.8 juta pada akhir FY26, dijangka cukup menyokong unjuran hasil FY27 sebanyak RM203 juta.

 

Sementara itu, produk Sorento Lite yang dilancarkan pada April 2026 berkembang ke lebih 200 kedai perkakasan di seluruh negara, dan mampu mencapai sasaran 500 titik jualan baharu setiap tahun.

 

"Kumpulan turut menambah 50 unit penyimpanan stok (SKU) baharu bagi siri kelengkapan paip Sorento Lite, manakala pengembangan ke kategori lain bergerak baik sebelum dilancarkan pada 2027," katanya.

 

Sehubungan itu, TA Research mengekalkan unjuran pendapatan FY27 dan FY28, selain mengekalkan penarafan 'beli' terhadap saham Sorento dengan harga sasaran (TP) 77 sen sesaham. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved