Konflik Timur Tengah dan kos bahan api jejaskan sektor pengangkutan pada 1H26 - RHB Research

Business & Finance
10 Sep 2026 • 9:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Konflik Timur Tengah dan kos bahan api jejaskan sektor pengangkutan pada 1H26 - RHB Research Image from: Konflik Timur Tengah dan kos bahan api jejaskan sektor pengangkutan pada 1H26 - RHB Research amree10/09/2026 - 09:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Sept — Pertumbuhan sektor pengangkutan dan logistik terus berdepan dengan tekanan susulan konflik geopolitik di Timur Tengah yang menjejaskan aliran perdagangan, kata RHB Research.

 

Menurutnya, peningkatan kos bahan api, selain risiko kekangan kapasiti kapal global turut dilihat memberi kesan ke atas perkembangan syarikat sektor berkenaan sepanjang separuh pertama tahun ini (1H26).

 

Bagaimanapun, ia kekal positif terhadap sektor itu susulan prestasi suku tahunan yang lebih baik daripada jangkaan dan prospek pertumbuhan jumlah kargo yang semakin kukuh pada separuh kedua 2026.

 

"Justeru, kami masih mengekalkan saranan 'overweight' sektor ini dengan Westports Holdings Berhad sebagai pilihan utama selepas keputusan kewangannya yang mengatasi jangkaan," jelas RHB Research.

 

Ujarnya, meskipun kumpulan itu terjejas akibat konflik Timur Tengah, peningkatan tarif pelabuhan dilihat berjaya mengimbangi lonjakan kos bahan api serta jumlah kendalian kontena yang lemah.

 

Pengurusan Westports menjangkakan pemulihan kendalian dengan pertumbuhan 7%, manakala kepadatan kawasan simpanan kontena kekal sihat sekitar 80% dan dijangka boleh menampung 500,000 TEU setahun.

 

RHB Research berkata, kenaikan kos bahan api masih boleh diurus meskipun naik 39% pada 1H26, dan ia turut menaikkan unjuran hasil bagi FY26 hingga FY28 sebanyak 7% setahun susulan semakan tarif.

 

sektor pengangkutan_DagangNews2026

 

"Bagi FM Global Logistics Holdings Berhad, keputusan kewangan FY26 turut mengatasi jangkaan kami, didorong margin pengangkutan laut yang lebih kukuh berikutan peningkatan jumlah kargo," tambahnya.

 

Sehubungan itu, RHB Research menaikkan 4% unjuran pendapatan FY27 selepas diambil kira andaian jumlah pengangkutan laut lebih tinggi, manakala Tasco Berhad mencatatkan keputusan yang sejajar.

 

Prospek sektor turut disokong unjuran ekonomi yang positif dengan pertumbuhan eksport diunjur 21.7% pada 2026, dipacu eksport barangan perkilangan yang berdaya tahan selain produk komoditi.

 

Firma itu menjangkakan syarikat pengangkutan dan penghantaran barangan terus mencatat pertumbuhan kargo selagi tiada kekangan ketara terhadap kapasiti kapal akibat ketidaktentuan di Timur Tengah.

 

"Kos bahan api juga dijangka lebih terkawal dan boleh berkurangan kira-kira 10% pada suku keempat 2026 selepas 60 trak elektrik digunakan Westports menjelang suku ketiga tahun ini," jelasnya lagi.

 

Selain pertumbuhan jumlah kargo dan kenaikan tarif secara berperingkat, RHB Research menyukai Westports kerana profil pendapatan serta keupayaan menawarkan pembayaran dividen yang konsisten.

 

Bagaimanapun, ia mengingatkan risiko utama terhadap sektor dan Westports termasuk jumlah TEU lebih rendah daripada jangkaan serta kos operasi yang lebih tinggi daripada unjuran awal. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved