Harimau Malaya perlukan sokongan, bukan tekanan

FootballSports
13 Aug 2026 • 2:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Harimau Malaya perlukan sokongan, bukan tekanan

KUALA LUMPUR – Peminat bola harus bersedia untuk berlapang dada sekiranya keputusan tidak berpihak kepada Harimau Malaya pada aksi separuh akhir Piala ASEAN 2026 menentang Vietnam.

Tanpa meragu kualiti yang ada pada skuad negara ketika ini, penyokong harus menelan realiti sebenar Vietnam adalah kuasa besar bola sepak Asia Tenggara dan kini dilabel sebagai pasukan pilihan.

Bekas pengendali negara, Datuk K Rajagobal berkata, harapan boleh diberikan kepada pemain namun tidak boleh secara keterlaluan hingga menghadirkan beban buat pasukan.

Bagaimanapun, Rajagobal mahu bersikap positif dan percaya tiada apa yang mustahil untuk melihat kejutan mampu dicipta skuad negara ke atas Vietnam.

“Kita kena lihat dari sudut pemain yang kita ada. Pertandingan sudah bermula dan kita sudah masuk separuh akhir. Jadi, hanya saya boleh katakan teruskan perjuangan kita dengan apa yang kita ada.

“Saya fikir tiada apa yang kita akan rugi, hanya menikmati perlawanan. Bola sepak ini apa pun boleh terjadi. Namun, kita kena realistik, semua orang faham situasi (Harimau Malaya) dan sekarang ini semua orang sudah faham mengenai bola sepak.

“Kita sudah ke separuh akhir, jangan fikir benda lain, hanya bermain dan kita tengok apa akan berlaku. Walaupun anda pasukan pilihan atau bukan pilihan, teruskan sahaja, kadang-kadang pasukan pilihan pun boleh kalah,” katanya.

Untuk rekod, Rajagobal muncul jurulatih tunggal yang pernah memenangi kejohanan ini pada 2010 namun selepas itu Harimau Malaya sekadar berpuas hati dengan status naib juara pada edisi 2014 dan 2018.

The post Harimau Malaya perlukan sokongan, bukan tekanan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved