Hasil EG Industries cecah RM1.43 bilion bagi FY26 didorong peralihan kepada produk bermargin tinggi

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 4:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hasil EG Industries cecah RM1.43 bilion bagi FY26 didorong peralihan kepada produk bermargin tinggi Image from: Hasil EG Industries cecah RM1.43 bilion bagi FY26 didorong peralihan kepada produk bermargin tinggi amree28/08/2026 - 16:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Ogos – EG Industries Berhad mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarah dengan hasil bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 naik kira-kira 31.3% kepada RM1.43 bilion.

 

Sementara itu, keuntungan teras pula meningkat 24.4% kepada paras tertinggi RM102.4 juta, didorong peralihan kumpulan kepada barangan dengan teknologi bernilai dan bermargin yang lebih tinggi.

 

Ujarnya, produk itu khususnya modul optik 800G dan berkaitan jalur lebar tanpa wayar, di samping peningkatan pendapatan pengeluaran, kecekapan pembuatan serta kawalan kos yang lebih ketat.

 

"Bagi suku keempat FY26, hasil melonjak 283.4% kepada RM402.1 juta, disokong sumbangan tinggi daripada modul optik 5G, produk jalur lebar tanpa wayar dan suis rangkaian," jelas EG Industries.

 

Keuntungan teras suku itu juga meningkat 24.6% kepada RM30.4 juta daripada RM24.4 juta setahun sebelumnya, dipacu campuran produk yang lebih baik dan peningkatan tahap kecekapan pengeluaran.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Alex Kang Pang Kiang berkata, prestasi bagi FY26 membuktikan transformasi bukan saha membuahkan hasil, malah memperkukuh kualiti pertumbuhan dan keuntungan.

 

Momentum turut disokong tempahan bernilai AS$241.6 juta daripada pelanggan sedia ada di Amerika Syarikat (AS) bagi modul optik 800G, sekali gus memberi keterlihatan pendapatan yang lebih kukuh.

 

EG Industries_DagangNews2026

 

"Bagi memenuhi permintaan global, EG Industries memperluaskan kemudahan di Batu Kawan, Pulau Pinang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan teknologi generasi baharu," jelas beliau.

 

Produk itu mendapat tempahan tinggi daripada aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan pusat data (DC) berskala besar, dengan kumpulan tersebut juga membuka pertumbuhan menerusi penyedia dari AS.

 

Di Thailand, kumpulan meneruskan pengembangan strategik menerusi pembinaan kemudahan pembuatan bagi menyokong peluang dalam peranti tenaga, komponen kenderaan elektrik (EV), dan aplikasi DC.

 

Selepas tahun kewangan berakhir, EG Industries turut memperoleh 91.5% kepentingan dalam Jyoto Works (M) Sdn Bhd pada harga RM2 juta, sekali gus memperkukuh keupayaan pembuatan komponen.

 

"Melangkah ke FY27, kumpulan kekal berhati-hati terhadap prospeknya, disokong tempahan sedia ada, peningkatan pengeluaran modul optik 800G, peluang teknologi 1.6T dan suis rangkaian," katanya.

 

Syarikat berkenaan juga terus meneroka pelaburan global baharu yang semakin meningkat dalam AI, DC berskala besar dan infrastruktur rangkaian generasi baharu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved