Buku tempahan Sunway Construction cecah rekod RM10.5 bilion dipacu projek pusat data - Penganalisis

LocalBusiness & Finance
26 Aug 2026 • 9:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Buku tempahan Sunway Construction cecah rekod RM10.5 bilion dipacu projek pusat data - Penganalisis Image from: Buku tempahan Sunway Construction cecah rekod RM10.5 bilion dipacu projek pusat data - Penganalisis amree26/08/2026 - 09:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 OgosSunway Construction Group Berhad (SunCon) kini memiliki buku tempahan pada paras rekod mencecah kira-kira RM10.5 bilion, dengan 70% terdiri daripada projek pusat data (DC).

 

Menurut penganalisis, situasi itu sekali gus mengukuhkan prospek pertumbuhan kumpulan tersebut apabila semakin banyak projek teknologi mula memasuki fasa pembinaan dan pengiktirafan pendapatan.

 

Antaranya RHB Research yang mengekalkan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) RM10.07, menawarkan potensi kenaikan 25%, selepas keuntungan bersih bagi 1HFY26 meningkat 24% kepada RM218.6 juta.

 

"Prestasi ini memenuhi 49% daripada unjuran kami, manakala SunCon turut mengisytiharkan dividen interim 4 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen terkumpul 26.8 sen setakat ini," jelas firma itu.

 

Ujarnya, keuntungan sebelum cukai (PBT) segmen pembinaan naik 2.8% pada 2QFY26 dengan margin 13.3%, susulan campuran projek dan peratusan yang tinggi melalui projek kemudahan teknologi canggih (ATF).

 

Segmen pratuang pula kata RHB Research, menunjukkan peningkatan ketara apabila PBT melonjak kepada RM6.5 juta pada suku kedua daripada RM1.2 juta setahun lalu, disokong sumbangan semua projek.

 

Sunway Construction_DagangNews2026

 

SunCon tambah firma itu, memperoleh kontrak baharu berjumlah RM6.9 bilion setakat ini dan hampir separuh daripada buku tempahan semasanya datang daripada kontrak yang dimenangi sepanjang FY26.

 

"Perkembangan positif tersebut dijangka mula menyumbang secara lebih ketara kepada pendapatan kumpulan berkenaan pada suku keempat FY26 dan suku pertama FY27," kata firma penyelidikan itu.

 

Sementara itu, MBSB Research turut mengekalkan saranan 'beli' dan TP RM9.18, dengan melihat SunCon memiliki asas kukuh berikutan kedudukan tunai bersih RM1.22 bilion serta prospek pertumbuhan DC.

 

Keuntungan bersih teras 2QFY26 berjumlah RM104.7 juta, menjadikan keuntungan pada 1HFY26 sebanyak RM218.4 juta, meningkat 27.5% tahun ke tahun (YoY) dan melebihi jangkaan firma berkenaan sendiri.

 

Walaupun hasil suku kedua susut 31.1% kepada RM1.02 bilion akibat perbandingan tinggi projek DC pada tahun lalu, keuntungan kumpulan kekal kukuh berikutan margin lebih baik dan peningkatan ATF.

 

"Buku tempahan SunCon pula mencapai rekod RM10.5 bilion pada Jun 2026, melepasi sasaran asal RM6 bilion dan mendorong pengurusan menaikkan sasaran kontrak baharu FY26," jelas MBSB Research.

 

Firma itu menjangkakan lebih banyak peluang pertumbuhan, dengan 80% hingga 90% daripada buku tender aktif RM15.3 bilion yang terdiri daripada projek DC, selain potensi projek pembangunan hartanah.

 

Antara yang ada prospek ujarnya, Serendah Fasa 2 bernilai antara RM1 bilion hingga RM2 bilion serta kira-kira RM1 bilion projek hospital dan pembangunan berorientasikan transit (TOD). - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved