Luahan perasaan bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie di platform Threads mengundang perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian tersebut, Dr Fie mengakui dirinya berasa sangat sayu dan terluka akibat tindakan seseorang, namun cuba menahan air mata kerana kini sedang meluangkan masa bersama anak-anak di Shanghai.

Bagaimanapun, Dr Fie tidak mendedahkan secara terperinci perkara yang menyebabkan dirinya berasa sedih, sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
“Nak cerita tak boleh… tapi saya tau Allah nampak apa orang tu buat dekat saya. Allah tahu tau. Ke dia tak sedar Allah melihat dan mendengar setiap masa?” katanya.
Dalam hantaran sama, Dr Fie turut berkongsi perasaannya yang bercampur-baur ketika sedang bercuti bersama anak-anak.
“Hari ini saya rasa sayu gila. Hati ni rasa sakit. Puas tahan air mata sebab tengah bercuti dengan anak-anak.”
Menariknya, keadaan cuaca di Shanghai turut mendapat perhatian Dr Fie apabila dia menyifatkan cuaca ketika itu seolah-olah memahami keadaan emosinya yang sedang sugul.
“Lepas tu kat Shanghai ini dah kenapa cuaca pula macam memahami hati ni? Cerah-cerahla sikit. Saya nak happy-happy ni,” ujarnya.
Walaupun tidak menjelaskan siapakah individu atau perkara yang dimaksudkan dalam luahan tersebut, perkongsian berkenaan mengundang perhatian wargamaya yang cuba memahami situasi dilalui Dr Fie.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Nama Aku Dah Busuk, Jangan Buat Taik Dekat Muka Aku" - Bekas Ipar Dedah Konflik Keluarga, Shima Anuar Tampil Pertahan Diri
The post “Hati Sakit, Allah Je Nampak Apa Orang Tu Buat Dekat Saya” – Bekas Isteri Nubhan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





