Nubhan sedia tarik komital jika Dr. Fie mohon maaf

11 Aug 2026 • 8:03 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nubhan sedia tarik komital jika Dr. Fie mohon maaf

SHAH ALAM: Penyanyi dan usahawan, Nubhan, 40, bersedia menarik balik prosiding komital yang difailkan terhadap, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie sekiranya bekas isterinya itu membuat permohonan maaf.

Kata Nubhan, permohonan tersebut namun hendaklah dilakukan secara bertulis mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah.

“Hal ini mudah, kalau dia memohon maaf dengan cara yang betul maka saya sedia memaafkan dan menarik balik komital tersebut.

“Ia perlu dilakukan secara bertulis, mengikut prosedur mahkamah bukan sekadar me­lafazkan di mulut,” katanya.

Semalam Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ditemani peguam, Redzuan Ramli untuk mengikuti perbi­caraan prosiding komital yang difailkan terhadap bekas iste­rinya itu.

Dr. Fie yang ditemani peguam, Nor Hazura Hamzah dan Nur Syahidah Hassan dalam pada itu berharap kes tersebut dapat di­selesaikan segera secara baik bagi membolehkan dia meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Kalau boleh saya hendak isu ini selesai secepat mungkin. Saya hendak meneruskan hidup bersama anak-anak dengan tenang.

“Ini tidak, saya macam ada perasaan takut, gementar, terasa seperti diperhatikan. Apatah lagi saya disoal sebanyak 120 soalan, Ibarat dia menanti-nantikan saya membuat kesalahan.

“Perkara itu membuatkan saya rasa terpenjara. Jika kes ini cepat selesai saya tidaklah berasa seperti itu,” kongsinya.

Sebelum ini Nubhan memfailkan komital atas sebab pe­langgaran perintah mahkamah yang dilakukan Dr. Fie membabitkan tiga kenyataan yang dakwanya berbaur fitnah dan penipuan.

Bagaimanapun prosiding se­malam terpaksa ditangguhkan kerana pihak plaintif gagal menyempurnakan beberapa prosedur yang sepatutnya disediakan.

Susulan itu mahkamah menetapkan prosiding ditangguhkan ke dua tarikh iaitu 19 atau 27 Januari tahun hadapan.

Nubhan dan Dr. Fie bercerai kali kedua dengan talak dua disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember 2025.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan, dan Afzan Nayille.-UTUSAN.

The post Nubhan sedia tarik komital jika Dr. Fie mohon maaf appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved