Penyanyi Nubhan memaklumkan bahawa pintu perdamaian bersama bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie, masih terbuka meskipun prosiding komital antara mereka masih berjalan.
Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, berkata dia tidak pernah berniat mengheret bekas isterinya ke mahkamah, namun mendakwa tindakan tersebut terpaksa diambil susulan pelanggaran terhadap perjanjian yang telah dipersetujui.
Advertisement
“Pintu masih dibuka. Minta maaf sajalah, kita berdamai dan selesai.”
Menurut Nubhan, perjanjian tambahan berkenaan antara lain melarang kedua-dua pihak daripada mengeluarkan kenyataan yang memburukkan satu sama lain.
“Dia yang memohon buat perjanjian tambahan (mana-mana pihak dilarang burukkan satu sama lain), kenapa dia sendiri langgar? Takkan salah saya pula. Selama ini saya diam, orang akan anggap dakwaannya betul sebab saya tak balas.
“Apa pun macam saya katakan sebelum ini, kalau dia minta maaf secara terbuka dan dipersetujui saya dengan ikut terma undang-undang, kes dah selesai. Permohonan maaf ini bukan nak cakap siapa betul atau siapa salah. Kita dah ada anak-anak, kita nak berdamai.
Ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Nubhan sekali lagi menegaskan bahawa permohonan maaf boleh membuka jalan untuk menyelesaikan kemelut antara mereka.
“Saya dah cakap dah, minta maaf sajalah. Kalau dia harapkan saya berlembut hati, adakah bermakna dia sekarang sedar pelanggaran dibuat,”
Nubhan Enggan Layan Provokasi Media Sosial
Dalam pada itu, Nubhan berkata dia memilih untuk tidak melayan sebarang provokasi di media sosial kerana tidak mahu kontroversi menjadi semakin besar.
“Saya malas nak drama-drama dekat media sosial. Saya tak suka. Kita berpegang sahaja pada janji yang sudah dipersetujui tempoh hari. Tak perlu buat drama.
“Kalau fitnah berlaku, perkara yang tidak benar tentang kita memang susah untuk diterima. Saya kalau boleh biarlah diam saja. Cuma disebabkan dia sendiri langgar klausa, saya terpaksa failkan komitel,”
Nubhan turut menafikan dakwaan bahawa dia memantau akaun Instagram Dr. Fie untuk mencari kesalahan bagi tujuan prosiding komital.
“Tak ada. Saya tak perhatikan dan saya pun dah unfollow dia lama. Saya banyak kerja nak kena buat. Saya tak ada masa nak pergi stalk atau apa. Saya tak tahu,”
Dia turut menafikan mempunyai akaun palsu bagi memantau perkembangan bekas isterinya.
“Tak ada. Saya tak pernah ada akaun palsu. Tiada! Saya pun banyak kerja lain nak buat. Lagipun saya dah lama unfollowed (nyahikut),”
Sebelum ini, Nubhan memfailkan prosiding komital terhadap Dr. Fie atas dakwaan melanggar perintah mahkamah pada Mei lalu.
Prosiding berkenaan kemudiannya ditangguhkan ke Januari 2027 selepas pihak pemohon didakwa belum menyempurnakan prosedur yang diperlukan mahkamah.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie sah bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Berapa Banyak Kali Saya Nak Minta Maaf?" - Dr Fie Persoal Kemahuan Nubhan, Merayu Diberi Peluang Teruskan Hidup Aman Damai
The post “Saya Malas Nak Drama-Drama, Minta Maaf Sajalah” – Nubhan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





