
PETALING JAYA: HE Group Berhad (HE Group) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Hexatech Engineering Sdn. Bhd., menerima Surat Niat (LOI) bagi pelaksanaan kerja-kerja elektrikal untuk sebuah pusat data di Johor bernilai RM47 juta.
Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, Hexatech Engineering telah menerima surat niat bertarikh 7 Ogos 2026 itu bagi memulakan kerja pembekalan dan pemasangan sistem elektrikal berspesifikasi 275kv untuk projek berkenaan.
Katanya, nilai kontrak yang dipersetujui tersebut adalah termasuk caj Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus.
“Lembaga Pengarah HE Group dengan ini mengumumkan penerimaan LOI berkenaan bagi membolehkan kerja-kerja awal projek pusat data di Johor itu dijalankan.
“Kontrak rasmi bagi projek ini dijangka dimuktamadkan dan ditandatangani sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun 2026,” katanya.
Menurut syarikat itu, pengumuman lanjut akan dibuat kepada pasaran sebaik sahaja dokumen perjanjian rasmi tersebut dimeterai secara sah oleh kedua-dua belah pihak. – UTUSAN
The post HE Group raih projek pusat data di Johor bernilai RM47 juta appeared first on Utusan Malaysia.






