Hektar REIT kurangkan kebergantungan kepada pusat beli-belah, aset bukan runcit sumbang 17% pendapatan

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hektar REIT kurangkan kebergantungan kepada pusat beli-belah, aset bukan runcit sumbang 17% pendapatan Image from: Hektar REIT kurangkan kebergantungan kepada pusat beli-belah, aset bukan runcit sumbang 17% pendapatan sarah12/11/2026 - 18:00 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Nov - Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) terus mengurangkan kebergantungannya kepada pusat beli-belah apabila aset bukan runcit kini menyumbang 17% kepada pendapatan hartanah bersih (NPI) bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2026, disokong sumbangan baharu hartanah perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

 

Menurut kenyataan media hari ini, hartanah perindustrian yang baru diperoleh di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas menyumbang NPI sebanyak RM514,000 pada suku ketiga 2026, menandakan sumbangan suku penuh pertamanya kepada pendapatan kumpulan.

 

Bersama-sama aset pendidikan, hartanah perindustrian itu kini membentuk 17% daripada keseluruhan NPI Hektar REIT bagi tempoh sembilan bulan, mencerminkan strategi kumpulan mempelbagaikan sumber pendapatan melangkaui sektor peruncitan.

 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management, Zainal Iskandar Ismail berkata, pengembangan portfolio tersebut merupakan langkah penting untuk membina sumber pendapatan yang lebih stabil dalam jangka panjang.

 

“Suku tahun ini juga menandakan sumbangan suku penuh pertama daripada aset perindustrian kami yang baru diperoleh di Pulau Pinang, satu langkah ketara dalam mempelbagaikan asas pendapatan Hektar REIT melangkaui runcit.

 

“Kami menjangkakan sumber pendapatan bukan runcit kami yang lebih kukuh akan menyokong pendapatan yang lebih berdaya tahan dan mampan dalam jangka sederhana hingga panjang,” katanya.

 

Pendapatan hartanah bersih meningkat 5%

Dari segi prestasi kewangan, Hektar REIT mencatatkan peningkatan pendapatan hartanah bersih (NPI) sebanyak 5% kepada RM48.1 juta bagi sembilan bulan pertama 2026, manakala hasil meningkat kepada RM95 juta. Bagi suku ketiga pula, hasil meningkat 3.2% kepada RM32 juta, sementara NPI bertambah 3.5% kepada RM15.4 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

Sementara itu, kadar penghunian keseluruhan portfolio Hektar REIT mencapai 89.2% setakat 30 September 2026, dengan Segamat Central mencatatkan kadar penghunian 83.9% susulan kemasukan penyewa baharu seperti BingXue, Cendol Express dan AE Cinemas. Kumpulan turut merekodkan peningkatan kadar sewa keseluruhan sebanyak 4.4% pada suku ketiga, terutamanya didorong Subang Parade dan Kulim Central.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved