Helikopter ‘flying doctor’ terhempas di Sarawak, 5 individu masih dalam operasi pencarian

8 Sep 2026 • 7:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Identiti juruterbang dan empat penumpang helikopter BO-105 yang dilaporkan terhempas dan terbakar sepenuhnya di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, petang ini sudah dikenal pasti.

Masih dalam operasi menyelamat

Memetik laporan daripada Berita Harian, lima individu terbabit ialah Kapten Zainol, Dr Ainul, PPP Alexson Adit, SN Debra Moset dan SN Jessie Paya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, pasukan penyelamat dan perubatan dilaporkan tiba di lokasi pada jam 3.46 petang bagi menjalankan operasi menyelamat.

Image from: Helikopter ‘flying doctor’ terhempas di Sarawak, 5 individu masih dalam operasi pencarian

Menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan (KKM), laporan awal memaklumkan helikopter berkenaan terbakar sepenuhnya selepas terhempas, manakala usaha memadam kebakaran masih dijalankan pasukan bomba lapangan terbang.

Operasi mencari dan menyelamat turut digerakkan bagi mengesan kesemua lima individu yang dipercayai berada dalam helikopter terbabit.

Walau bagaimanapun, status mereka masih belum diketahui setakat ini dan pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari di kawasan kejadian.

Image from: Helikopter ‘flying doctor’ terhempas di Sarawak, 5 individu masih dalam operasi pencarian

Terdapat kemungkinan kesemua individu terbabit sempat menyelamatkan diri atau terjun keluar sebelum helikopter terhempas, namun perkara itu masih dalam siasatan.

Kawasan kejadian turut dikawal bagi memastikan keselamatan serta memudahkan pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Perkembangan lanjut mengenai kejadian serta status lima individu terbabit masih dinantikan.

Sumber: Berita Harian (Zainon Talip)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved