Helikopter terbakar, empat warga Ukraine selamat

15 Aug 2026 • 3:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Helikopter terbakar, empat warga Ukraine selamat

SUBANG – Empat lelaki warga Ukraine selamat dalam kejadian helikopter Kamov Ka-32 terbakar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, tengah hari tadi.

Berdasarkan maklumat Pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang, mereka terdiri daripada seorang juruterbang, pembantu juruterbang dan dua kru.

Seorang daripada mereka dilaporkan cedera terkena serpihan ketika berada di luar helikopter, manakala tiga lagi selamat.

Helikopter dengan nombor pendaftaran Ukraine, UR-CIT, itu terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas kerja pembaikan.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

The post Helikopter terbakar, empat warga Ukraine selamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved