Lapangan Terbang Subang ditutup sementara

15 Aug 2026 • 3:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lapangan Terbang Subang ditutup sementara

PETALING JAYA: Semua penerbangan masuk dan keluar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dekat sini, ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Penangguhan itu susulan kebakaran sebuah helikopter jenis Kamov Ka-32S dengan nombor pendaftaran UR-CIT.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 12.28 tengah hari ketika helikopter itu sedang menjalani ujian enjin di darat sebagai sebahagian daripada aktiviti penyelenggaraan.

Susulan kejadian itu, landasan lapangan terbang berkenaan ditutup.

“Penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status penerbangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, insiden itu akan disiasat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.-UTUSAN 

The post Lapangan Terbang Subang ditutup sementara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved