Helikopter terbakar ketika hendak berlepas, seorang cedera

15 Aug 2026 • 2:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Helikopter terbakar ketika hendak berlepas, seorang cedera

SHAH ALAM, 15 OGOS: Seorang cedera, tiga lagi terselamat selepas sebuah helikopter terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja pembaikan di Lapangan Terbang Subang, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata mangsa yang cedera dilaporkan terkena serpihan ketika kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari dan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi.

"Komander operasi melaporkan kebakaran berlaku ketika helikopter hendak berlepas (take off) bagi tujuan pengujian enjin selepas pembaikan.

"Terdapat empat mangsa ketika kebakaran berlaku dan seorang mangsa dimaklumkan cedera ketika berada di luar pesawat akibat terkena serpihan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi memadamkan kebakaran turut dilaksanakan pasukan bomba lapangan terbang (AFRS) bersama anggota bertugas.

Pasukan berkenaan turut digerakkan bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved