Helikopter terbakar: Semua penerbangan di Lapangan Terbang Subang ditangguhkan

15 Aug 2026 • 2:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Helikopter terbakar: Semua penerbangan di Lapangan Terbang Subang ditangguhkan
Sebuah helikopter terbakar ketika berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja pembaikan di Lapangan Terbang Subang.

SUBANG - Semua penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ditangguhkan sehingga diberitahu kelak susulan kebakaran sebuah helikopter di lapangan terbang berkenaan pada Sabtu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, kejadian membabitkan helikopter jenis Kamov Ka-32S dengan nombor pendaftaran UR-CIT kira-kira jam 12.28 tengah hari.

Menurutnya, helikopter berkenaan sedang menjalani ujian enjin di darat sebagai sebahagian daripada aktiviti penyelenggaraan ketika kejadian.

"Susulan kejadian itu, landasan lapangan terbang berkenaan ditutup. Penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status penerbangan,” jelas CAAM.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebuah helikopter terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja pembaikan di Lapangan Terbang Subang di sini.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa dilaporkan cedera dan berada di luar pesawat selepas terkena serpihan, manakala empat lelaki warga Ukraine yang terdiri daripada juruterbang, kru dan pembantu juruterbang (co-pilot) berjaya menyelamatkan diri.

Menurut CAAM, kejadian berkenaan akan disiasat Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved