Himpun 8,000 peserta dalam festival larian wanita

SportsHealth & Fitness
27 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Himpun 8,000 peserta dalam festival larian wanita

Aktiviti larian semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita, namun tidak semua berasa yakin untuk menyertainya kerana faktor kemampuan dan pengalaman.

Ada yang bimbang tidak mampu menghabiskan jarak ditetapkan atau mengikut rentak peserta lain.

Bagi memberi peluang lebih ramai wanita menikmati aktiviti itu tanpa tekanan, Guardian KL Women Running Festival (KLWRF) 2026 diperkenalkan sebagai platform larian yang terbuka kepada peserta daripada pelbagai tahap pengalaman.

Festival larian wanita terbesar di Malaysia itu bakal menghimpunkan seramai 8,000 peserta berusia 16 tahun ke atas di Dataran Merdeka pada 18 Oktober ini.

Sehingga kini, lebih 7,000 orang sudah mendaftar bagi kategori 5 kilometer (KM), 10KM dan 15KM.

Pengarah Urusan Guardian Malaysia dan Brunei, Priscilla Wu berkata, inisiatif bersama Score Sports Management itu mengukuhkan komitmen pihaknya dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan wanita.

“Kami percaya kesejahteraan wanita bukan sekadar tentang menjaga kesihatan, malah merangkumi keyakinan, pengetahuan dan sokongan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan lebih sihat serta bermakna pada setiap peringkat kehidupan.

“KLWRF menghidupkan kepercayaan ini dengan mewujudkan ruang untuk wanita berkumpul, kekal aktif, berhubung antara satu sama lain dan meraikan kekuatan diri.

“Kami bangga dapat menyokong festival sulung ini sekali gus memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk hargai diri mereka,” katanya ketika pelancaran baru-baru ini.

Guardian Malaysia turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi penyelidikan Listening Lab bagi memahami pengalaman serta keperluan wanita ketika melalui fasa pertengahan usia.

Ketua Pegawai Eksekutif Score Sports Management, Patricia Tan berkata, KLWRF diwujudkan untuk menjadikan aktiviti larian lebih mesra dan mudah disertai wanita.

“Tujuan kami bukan sekadar mewujudkan satu lagi acara larian sebaliknya, kami mahu wanita datang tanpa rasa mereka perlu berpengalaman atau berlari pada kelajuan tertentu untuk menjadi komuniti,” katanya.

The post Himpun 8,000 peserta dalam festival larian wanita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved