Wanita bukan sekadar jentera, perlu diberi peluang bertanding

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 2:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita bukan sekadar jentera, perlu diberi peluang bertanding

MELAKA: Penyertaan wanita dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya dihadkan sebagai jentera parti semata-mata, sebaliknya mereka perlu diberi peluang bertanding bagi membuktikan kemampuan untuk menang dalam pilihan raya.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, penglibatan wanita dalam kepimpinan politik perlu terus diperkukuh bagi merealisasikan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam barisan kepimpinan.

Beliau berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan dalam perbahasan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

“Ada perbahasan-perbahasan hari ini yang menuntut 30 peratus peranan kepimpinan wanita dan ini mesti terus menjadi teras perjuangan Wanita Keadilan.

“Pastinya juga keterlibatan itu tidak hanya sebagai jentera tetapi juga meletakkan calon-calon yang perlu dibawa untuk memastikan bahawa parti ini menghantar calon-calon wanita untuk bertanding dan menang dalam pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fadhlina berkata, kongres berkenaan turut menjadi medan untuk parti melakukan refleksi susulan proses demokrasi yang berlangsung di Negeri Sembilan dan Johor.

“Kita membuat refleksi yang sangat penting, menyaksikan bahawa peranan wanita mesti terus diperkukuhkan.

“Khidmat bakti kita kepada wanita dan rakyat khususnya mesti disegerakan dan terus memberikan tumpuan kepada isu-isu rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Wanita PKR turut melancarkan kempen Hentikan Keganasan Terhadap Pimpinan Wanita dalam Politik dalam kongres kali ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai ancaman dan keganasan yang dihadapi ahli politik wanita.

Fadhlina berkata, kempen itu memberi perhatian terhadap pelbagai bentuk ancaman dan gangguan yang dihadapi wanita dalam politik termasuk gangguan siber, intimidasi fizikal serta serangan psikologi.

“Kempen ini adalah untuk membawa kesedaran kepada semua aktivis dan ahli politik wanita yang berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman.

“Kempen ini penting memandangkan Malaysia ketika ini belum mempunyai mekanisme untuk membaca atau meneliti data ini secara terperinci,” katanya. – UTUSAN

The post Wanita bukan sekadar jentera, perlu diberi peluang bertanding appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved