Honda Bakal Uji Jentera 850cc di Sepang

16 Dec 2025 • 10:31 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Honda bakal menjadi pengeluar kedua yang menurunkan prototaip MotoGP 2027 berkapasiti 850cc ke litar, selepas KTM membuka tirai pembangunan era baharu itu di Jerez awal Disember lalu bersama Pol Espargaro. Minggu ini, perhatian dunia MotoGP beralih ke Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, apabila pasukan ujian dan pembangunan Honda HRC dijadualkan menjalani ujian tertutup selama dua hari pada Rabu dan Khamis, sekali gus menjadi ujian terakhir mereka bagi tahun 2025.

Dalam sesi ini, Takaaki Nakagami akan menjadi pelumba pertama Honda yang menunggang jentera dengan enjin spesifikasi 2027, yang menjadi asas awal kepada pembangunan RC214V. Ujian ini menandakan langkah penting Honda dalam memahami cabaran peraturan baharu MotoGP yang akan dikuatkuasakan pada 2027, termasuk penggunaan enjin 850cc, pengurangan aero, pemansuhan peranti RHD serta peralihan besar kepada Pirelli sebagai pembekal tayar tunggal menggantikan Michelin.

Difahamkan, jentera yang digunakan di Sepang merupakan casis versi 2026 yang telah ‘dilucutkan’ daripada elemen aero agresif dan peranti RHD, namun digandingkan dengan enjin baharu serta kompaun tayar Pirelli yang sedang dibangunkan untuk MotoGP. Pada peringkat ini, Nakagami akan memikul tanggungjawab utama pembangunan jentera 2027, manakala Aleix Espargaro kekal memberi fokus kepada projek motosikal 2026.

Pirelli pula telah membuka pintu kepada pengeluar untuk memulakan ujian awal, dengan KTM dan Honda menjadi dua jenama terawal menyahut cabaran. Pengeluar Itali itu mensasarkan dua ujian rasmi bersama pelumba perlumbaan sepanjang 2026, masing-masing sekitar Jun dan September. Di Sepang, Honda juga akan menjalankan ujian berkaitan WorldSBK, namun terhad kepada komponen dan pembangunan awal tanpa jentera perlumbaan sebenar.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 MotoGP

The post Honda Bakal Uji Jentera 850cc di Sepang appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved