Honor Mengesahkan Kehadiran Rasmi Magic V5 Di Malaysia

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 11:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor telah mengesahkan bahawa peranti lipat baharu mereka Magic V5 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Peranti ini dijangka menarik perhatian ramai, terutamanya selepas kejayaan model Magic V3 sebelum ini. Seperti model Magic V2 dan Magic V3, Magic V5 juga berpotensi untuk kembali merebut gelaran sebagai peranti lipat paling nipis di pasaran.

image is not available

Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan untuk pasaran Malaysia. Namun begitu, peranti ini dijadualkan untuk dilancarkan terlebih dahulu di China pada 2 Julai akan datang. Justeru, maklumat lanjut seperti cip pemproses, sistem kamera, kapasiti bateri dan ciri-ciri lain hanya akan diumumkan selepas pelancaran rasmi berlangsung.

image is not available

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Magic V5 dengan lebih awal, Honor Malaysia telah membuka pendaftaran untuk program Honor Magic V5 Beta Experiencer bermula hari ini. Peserta program ini berpeluang menilai secara langsung proses pembangunan peranti ini. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman rasmi HONOR Malaysia dan peserta yang memenuhi kriteria akan dihubungi oleh pihak Honor.